Selasa, Mei 12, 2009

Ronaldo Pindah Real Madrid?


MADRID 12 Mei - Cristiano Ronaldo dan Manchester United dilaporkan sudah mencapai kata sepakat untuk menjual pemain dari Portugal itu kepada Real Madrid selepas bulan Julai ini.
Di bawah perjanjian yang sudah ditandatangani itu, United bersetuju melepaskan Ronaldo membabitkan bayaran perpindahan minimum RM383 juta (AS$109 juta).


Menurut akhbar paling laris di sini, El Pais, bekas presiden Real, Florentino Perez dijangka akan mengumumkan perpindahan Ronaldo ke kelab itu, Khamis ini. - AFP

Tiada ulasan: