Jika anda baru balik dari kawasan yang dilanda Influenza A (H1N1), elak berhubung rapat dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam dan menghidapi satu ataublebih gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda Influenza A (H1N1).
Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
MADRID 12 Mei - Cristiano Ronaldo dan Manchester United dilaporkan sudah mencapai kata sepakat untuk menjual pemain dari Portugal itu kepada Real Madrid selepas bulan Julai ini. Di bawah perjanjian yang sudah ditandatangani itu, United bersetuju melepaskan Ronaldo membabitkan bayaran perpindahan minimum RM383 juta (AS$109 juta).
Menurut akhbar paling laris di sini, El Pais, bekas presiden Real, Florentino Perez dijangka akan mengumumkan perpindahan Ronaldo ke kelab itu, Khamis ini. - AFP
Pada cuti akhir tahun ini, penulis telah mendaki Bukit Keledang yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari pusat bandar. Kali terakhir penulis mendaki bukit ini pada tahun 2004. Selepas beberapa tahun berlalu penulis dapat melihat beberapa perubahan terutamanya penambahan perumahan di beberapa kawasan bagi menampung jumlah peduduk Ipoh yang semakin meningkat. Moga, Bukit Keledang yang menjadi 'tirai' Permandangan Bandaraya Ipoh tidak digondol seperti di kawasan lain yang umum ketahui pada hari ini.
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...