Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh semalam menyebabkan timbul pelbagai persoalan kerana stadium bernilai RM292 juta itu baru setahun digunakan.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, struktur bahagian bumbung di tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap dan menimpa sebuah kereta, tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletak berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
INFO
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Dibina Mei 2006; siap 2008
Kos RM292 juta
Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta
Kapasiti 50,000 orang
Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy
Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan
Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang